Tuesday, November 17, 2009

Penginapan Di Labuan

Bercuti di Labuan memang menyeronokkan, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh di lawati. Ibarat Pulau Langkawi, Pulau Labuan juga merupakan salah satu Pulau yang senang untuk di jelajahi. Kita hanya perlu memandu sendiri. Apa yang perlu kita lakukan adalah urusan penginapan. Rasanya tidak perlu mengunakan khidmat agensi perlancongan sekiranya anda mampu membuat budjet perjalanan anda.

Tempat Penginapan yang terdapat di Labuan :-

Sheraton Hotel
Lot TL 462, Jalan Merdeka
Tel : 087 422000

Fax : 087 422222
Web Site:
http://www.sheraton.com/labuan

Waterfront Labuan Financial Hotel
No. 1, Jalan Wawasan
Tel : 087 418111

Fax : 087 413468

The Tiara Labuan Hotel and Service Apartments
Jalan Tg. Batu
Tel : 087 414300

Fax : 087 410195
Web Site: http://www.the-tiara-labuan.com/

Manikar Beach Resort
Jalan Batu Manikar
Tel : 087 418700

Fax : 087 418740, 418732

Beta Service Apartment
Beta Park Tower, Financial Park Labuan
Tel :
087 453333
Fax : 087 453355

Hotel Global
Jalan O.K.K Awang Besar

Tel : 087 425201
Fax : 087 425180 50

Mariner Hotel
Jalan Tg. Purun

Tel : 087 418822
Fax : 087 418811 60

Budget Hotel Hotel Pulau Labuan
Jalan Muhibbah

Tel : 087 416288
Fax : 087 416625 37

Budget Hotel Oriental Hotel
Jalan Bunga Mawar

Tel : 087 419019, 425020 19

Budget Hotel Hotel Ambasador
Jalan Bunga Mawar

Tel : 087 423233
Fax : 087 428233 17

Budget Hotel Victoria Hotel
Jalan Tun Mustapha

Tel : 087 412411
Fax : 087 412550 44

Budget Hotel Hotel Federal
Jalan Bunga Kasuma

Tel : 087 411711, 087 411239, 087 411632
Fax : 087 411337 42

Budget Hotel Southern Hotel
Jalan Bunga Anggerik

Tel : 087 414211
Fax : 087 410788 18

Budget Hotel Pulau Labuan Inn
Jalan Bunga Dahlia

Tel : 087 416833
Fax : 087 411750 53

Pilihan di tangan anda. Samada anda inginkan penginapan yang selesa atau sederhana? Rancang perjalanan anda. Selamat Bercuti!!!

Apa Yang Menarik

APA YANG MENARIK DI PUTRAJAYA? Sekiranya anda sebagai pemandu pelancong atau ingin membawa rakan ke Putrajaya, rasanya tidak sah kalau tidak membawa mereka dan bergambar di jambatan yang terdapat di sekitar Putrajaya. Selain dari Kompleks Kerajaan dan Pusat Pentadbiran, Putrajaya menyajikan seni bina jambatan yang unik.
Setiap jambatan di Putrajaya mempunyai nama yang tersendiri dan ciri-2 yang tersendiri. Antara jambatan yang terdapat di Putrajaya adalah :-
1. Jambatan Seri Perdana
2. Jambatan Putra
3. Jambatan Seri Wawasan
4. Jambatan Seri Bakti
5. Jambatan Seri Saujana
6. Jambatan Seri Bestari
7. Jambatan Seri Setia
8. Jambatan Seri Gemilang
9. Jambatan "Monorail Suspension" (dalam pembinaan)
Jambatan Putra

Jambatan Seri Perdana

Jambatan Seri Saujana

Jambatan Seri Gemilang

Jambatan Seri Bakti

Jambatan Seri Bestari


Jambatan Seri Setia

Jambatan Seri Wawasan

Sejarah Putrajaya

Pusat Pentadbiran seperti Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di Brazil, begitulah tanggapan para pelancong ketika melawat Putrajaya. Hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir) maka ujudlah Putrajaya hari ini. Satu mercu kejayaan yang boleh di banggakan oleh anak-anak bumiputera.

Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).

Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.

Perkataan Putrajaya itu sendiri berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang. Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Sejarah Labuan

Bagaimana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan asal usul dan sejarahnya, Pulau Labuan juga punya sejarahnya tersendiri. Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Namun pada 1846, Pulau Labuan telah diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun.

Pada 1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.

Kemudian pada 1890, Pulau Labuan digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima]) sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum bissya ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa @ IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau IBFC).

Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan Taman Burung Eksotik.

Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan. Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.

Sejarah Kuala Lumpur

Setiap negeri mahupun Negara sudah semestinya mempunyai sejarah tersendiri. Begitu juga dengan Kuala Lumpur. Pada mulanya Kuala Lumpur adalah milik Negeri Selangor tapi pada 1 Februari 1974 Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan. Pada ketika inilah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis iaitu Raja Abdullah.

Pada waktu inilah, segala hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy (gambar di sebelah) untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur.

Aktiviti perlombongan menjadi
titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.

Aktiviti perlombongan ini menjadi titik t
olak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Wilayah Persekutuan

Salam perkenalan dari Farzly Abdul Aziz. Blog w-perseKUTUan adalah blog yang menceritakan dari segala aspek yang meliputi WILAYAH PERSEKUTUAN. Budaya, kemanusian, sejarah, warisan, peristiwa, kehidupan, tenmpat-tempat menarik, gaya hidup, acara-acara menarik, dan pelbagai lagi sumber dan maklumat yang boleh di perolehi dalam satu blog.

Menceritakan tentang Wilayah Persekutuan, kita perlu tahu bahawa Wilayah Persekutuan terdiri daripada 3 bahagian iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tidak seperti negeri-negeri lain di dalam Malaysia yang di perintah oleh kerajaan negeri, wilayah persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.


Kuala Lumpur merupankan ibu kota Persekutuan, manakala Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) dan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.


1 Februari 1974 adalah merupakan penubuhan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kuala Lumpur juga merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Manakala pada 1hb Februari 2001, Putrajaya ditubukan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Akhirnya Putrajaya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.