Tuesday, November 17, 2009

Wilayah Persekutuan

Salam perkenalan dari Farzly Abdul Aziz. Blog w-perseKUTUan adalah blog yang menceritakan dari segala aspek yang meliputi WILAYAH PERSEKUTUAN. Budaya, kemanusian, sejarah, warisan, peristiwa, kehidupan, tenmpat-tempat menarik, gaya hidup, acara-acara menarik, dan pelbagai lagi sumber dan maklumat yang boleh di perolehi dalam satu blog.

Menceritakan tentang Wilayah Persekutuan, kita perlu tahu bahawa Wilayah Persekutuan terdiri daripada 3 bahagian iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tidak seperti negeri-negeri lain di dalam Malaysia yang di perintah oleh kerajaan negeri, wilayah persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.


Kuala Lumpur merupankan ibu kota Persekutuan, manakala Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) dan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.


1 Februari 1974 adalah merupakan penubuhan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kuala Lumpur juga merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Manakala pada 1hb Februari 2001, Putrajaya ditubukan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Akhirnya Putrajaya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.

No comments:

Post a Comment